Isnin, 19 Mei 2008

Tazkirah dari Hadis Sohihain



Diriwayatkan dari Jabir Bin Abdullah r.anhuma, dia telah berkata: “Aku pernah ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Lalu aku menjawab; “kita dibangkitkan pada hari kiamat begini dan begini. Umat manusia didatangkan sesuai dengan derajat masing-masing. Lalu setiap kelompok dipanggil bersama berhala atau sembahan mereka ketika di dunia secara berturutan. Setelah itu Tuhan datang kepada mereka, lalu berfirman; “Siapakah yang kamu tunggu?”. Allah kemudian berfirman : “Kami menunggu Tuhan kami.” Allah kemudian berfrman: “Akulah Tuhanmu”. Mereka kemudian berkata: “Rasanya kami pernah melihat-Mu dahulu”. Allah pun membiarkan mereka. Lalu Allah membawa mereka dan mereka pun mengikut-Nya. Setiap orang di antara mereka, baik yang munafiq ataupun yang mukmin akan diberikan nur (cahaya). Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan neraka jahanam, yang di sana terdapat besi-besi pengait dan berduri yang setiap saat merenggut siapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur (cahaya) orang munafik terpadam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama sebanyak 70,000 orang tanpa hisab. Kemudian datanglah orang-orang yang beriman yang cahayanya seperti bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafa’at pun diberikan. Mereka pun kemudian meminta syafa’at, sehingga mereka dapat memberikan syafa’at kepada seluruh ummat manusia dari neraka, khususnya yang mengucapkan : LailahailLah, dan yang di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan di tempat di halaman syurga, lalu ahli syurga akan memercikan air kepada mereka, sehingga daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tetumbuhan setelah banjir, dan hilanglah hausnya. Kemudian datanglah orang yang terakhir meminta syafa’at, sehingga kepadanya diberikan syurga yang luasnya sepuluh kali lipat luasnya dunia”

Ahad, 18 Mei 2008

Renungan Untuk Kita Di Akhir Zaman


CEBISAN MUTIARA PENGAJIAN

MAJLIS TAFAQQUH HADIS Bersama
TUAN GURU SYEIKH HJ MUHAMAD ZAINUL ASRI HJ RAMLI
(Ahli Lembaga Pusat Pengajian Darul Hadis-PAKSI, Alor Star.)

Hadis Tanda-Tanda Qiamat.
( Petikan dari Kitab Bahrul Mazi Jilid Ke 8 )
Karangan: Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf Al Marbawi

Matahari Terbit Dari Barat

عن أبي ذَرٍّ قَالَ : دَخَلْتُ المَسْجِدَ حِيْنَ غَابَتِ الشَّمْسُ وَالنَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَقَالَ : "يَا أبَا ذَرٍّ أَتَدْرِي أَيْنَ تَذهَبُ هَذِهِ؟ قَالَ : قُلْتُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهَا تَذْهَبُ تَسْتَأذِنُ فىِ السُّجُودِ فَيُؤْذَنُ لهاَ وَكَأنّهَا قَدْ قِيْلَ لَهَا اطْلِعِى مِنْ حَيثُ جِئْتِ، فَتَطْلَع مِن مَغْرِبِهَا.

قَالَ: "ثُمَّ قَرَأَ ﴿ وَذَلِكَ مُستَقَرٌّ لهَاَ﴾. قَالَ : وَذَلِكَ قِرَأَةُ عَبْدِ الله بنْ مَسْعُود.
(حسن صحيح).

Terjemahan: Dari Abi Dzar katanya: Aku telah masuk ke masjid ketika waktu tenggelam matahari (senja) dan ketika itu Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam sedang duduk, maka baginda pun bersabda: “Wahai Abi Dzar, tahukah kamu kemana perginya (matahari) ini?” Katanya : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Maka Sabda Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam : “Sesungguhnya ia pergi meminta izin kepada tuhannya untuk bersujud, maka Allah mengizinkannya. Dan sesungguhnya seolah-olahnya dikatakan kepadanya “Terbitlah kamu dari arah mana kamu datang”. Maka ia pun ia terbit dari sebelah baratnya. Ia berkata: Kemudian Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam membacakan (sepotong ayat) : (وَذَلِكَ مُسْتَقَرٌّ لَهَا)
(Dan demikianlah tempat tetap baginya).
Ia berkata demikianlah bacaan Abdullah Ibnu Mas’uud.

Keterangan.

1. Setiap hari matahari memohon kepada Allah agar dapat bersujud kepadaNya, dan Allah mengarahkan agar matahari tersebut pulang kembali ke timur hingga sampai kembali kepada baratnya. Lalu matahari memohon agar dapat bersujud lagi. Maka Allah mengizinkannya dan mengarahkan agar beredar ke timur. Demikianlah setiap hari sehingga kelihatan di bumi ini dipenuhi dengan kemaksiatan, serta mereka tidak mempedulikan ajaran dan nasihat. Atau sudah tiada lagi yang memberikan peringatan dan nasihat serta manusia sudah tidak mengambil berat lagi hukum-hukum Allah dan RasulNya lagi, Maka matahari memohon kepada Allah agar ia terus bersujud dan tidak kembali lagi ke dunia ini, maka Allah mengizinkan ia bersujud di bawah ‘Arasy selama beberapa malam.
2. Kata ‘Ulama: setelah matahari tetap bersujud kepada Allah selama 3 hari di bawah ‘Arasy, maka malam menjadi sangat panjang. Dan keadaan itu tidak disedari melainkan mereka yang bangun bertahajud di tengah malam serta mengamalkan zikir dan aurad (amalan-amalan zikir), serta mereka melaziminya setiap malam. Sehingga pada malam tersebut, mereka yang telah selesai menjalani ibadah malam mendapati bahawa fajar tetap tidak terbit. Lantas mereka kembali menyambung ibadah mereka dan setelah selesai seperti biasa mereka keluar melihat keadaan langit dan bintang dan keadaannya tetap sama. Lantas mereka yakin bahawa ini adalah alamat kiamat, maka mereka saling mengkhabarkan kepada sesama mereka sehingga semua manusia berkumpul di masjid menangis dan memohon pertolongan Allah.
3. Setelah cukup 3 hari itu maka matahari pun terbit, namun Allah mengarahkan agar ia terbit dari arah barat. Maka semua manusia mengetahui bahawa itu adalah alamat kiamat. Lantas menangislah semua ahli langit dan bumi. Dan ketika itu berseru suara dari langit “bukankah matahari itu terbit dari barat?” maka manusia seluruhnya menangis serta dengan rendah diri memandang ke langit. Mereka melihat cahaya matahari dan bulan sangat berbeza, tidak seperti biasa. Sesungguhnya tidak berguna lagi menangis pada hari tersebut.


Munculnya Yakjuj dan Makjuj.

عَنْ زَيْنَبَ بنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ : اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ مِنْ نَوْمٍِ مُحْمَرًّا وَجْهَهُ وَهُوَ يَقُولُ : لاَإِلهَ إِلاَّ الله، يُرَدِّدُهاَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَد اقْتَرَبَ، فُتِحَ اليَوْمَ مِنْ رَدْمِ يَأجُوجَ ومَأجُوجَ مِثْلُ هَذِهِ، وَعَقَدَ عَشْراً قَالَتْ زَيْنَبُ: قُلْتُ يَا رَسُولَ الله

(أفَنَهْلِكُ وَفِيْنَا الصَّالِحَوْنَ؟ قَالَ : نَعَمْ إَذَا كَثُرَ الْخَبْثُ. (حسن صحيح
Terjemahan: Dari Zainab binti Jahash, Ia berkata : RasullulLah SallalLahu’Alaihiwasallam telah bangun dari tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan ia mengucapkan “Tiada tuhan selain Allah” dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda : “Celakalah bagi kaum arab daripada bala yang sangat hampir, pada hari ini sudah terbuka empangan yakjuj dan makjuj seperti ini. Dan Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata wahai RasullulLah, adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?. Jawab RasulluLlah SallalLahu’Alaihiwasallam : “Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku”.

Keterangan.
1. Yakjuj dan makjuj adalah merupakan dari kaum manusia jua, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak diketahui hakikat tempat persembunyiannya. Al Quran telah menjelaskan tentang kisah yakjuj dan makjuj di dalam surah Al Kahf yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulqornain. Ulama’ menyatakan bahawa Raja Iskandar tersebut merupakan seorang waliyulLah.
2. Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan didapati bahawa mereka itu pelbagai rupa, ada yang besar dan telinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dan membina tembok yang diperbuat daripada tembaga dan besi serta batu bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok tersebut sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang tersebut namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk mereka keluar. Dengan penuh kerakusan mereka memakan apa sahaja di muka bumi ini apabila mereka keluar.
3. Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh. Mereka juga turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan tersebut membuatkan doa para solehin tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.


©’Umar Tayyib ad Darmani.

Jumaat, 9 Mei 2008

Penjelasan Dr. Rosni Samah; Isu Universiti Islam Liberal.

(Hayatilah ucapan orang yang berilmu apabila menulis...Farid)
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam perdebatan ini..
sebenarnya kamulah orang-orang yang peka dengan isu2 Islam Sebenarnya penulis, pendengar dan pelajar tidak memahami kenyataan saya. Sebab itu ia menjadi isu panas. Sebenarnya kalau kita beramal dengan al Quran perkara tersebut tidak timbul. Terjemahan alQuran menyebut: apabila kamu menerima khabar berita fasik (tidak pasti) hendaklah membuat siasatan.Isunya mudah sahaja. Dalam satu perjumpaan, saya menekankan kepada pelajar untuk menunjukkan penampilan diri yang kemas.( Pelajar hendaklah memamai pakaian menutup aurat, kemas dan bersih. Ini kerana kita semua akan membawa mesej Islam yang melambangkan keagungan Islam. Saya tidak mahu pelajar perempuan memakai tudung yang tidak kemas dan selekeh, seperti tudung labuh macam kelambu). Kenyataan ini saya tidak menyindir sesiapa dan menghina tudung labuh. Tetapi saya tidak mahu mereka memakai tudung labuh seperti kelambu yang tidak terurus. Bayangkan kalau pelajar universiti pakai tudung labuh macam kelambu??? Adakah kamu boleh bayangkan bagaimana tudung labuh macam kelambu?????. Kalau nak tau pergilah jalan ke kampung arab badawi....kamu akan dapat lihat dengan rupa yang tidak terurusnya. Diharap semua dengar dan baca betul-betul kenyataan saya. Jangan mendengar dengan emosi. Perkataan itu nak menggambarkan tudung yang tidak kemas.Berhubung dengan jubah pula, saya tidak mahu pelajar memakai jubah dalam aktiviti fakulti. Mereka hendaklah memakai pakaian menutup aurat, kemas dan bersih.
Kemudian saya menceritakan kepada mereka Arab2 yang memakai jubah di arab. Apakah yang mereka lakukan. Arab yang memakai jubah inilah yang selalu mencemarkan alam sekitar kerana mereka mudah hanya mengangkatkan jubahnya sahaja. Kamu boleh lihat sendiri perbuatan Arab yang memakai jubah terutamanya yang dipanggil golongan bawwab. Saya tidak menghina jubah dan juga jubah Nabi. Saya hanya menceritakan budaya Arab yang berlaku. Kalau kamu nak tahu, boleh pergi sendiri ke negara Arab dan lihat apa yang berlaku.Masyarakat Islam hari ini ditekan oleh musuh kerana kemunduran terutamanya dalam pemikiran. Jadilah seorang muslim yang boleh membawa kegemilangan Islam.Saya bawakan pembaca kepada kisah kenyataan Syeikh Muhammad Abduh tentang kebebasan wanita. Pada peringkat permulaannya majoriti ulama menentang pendapat tersebut dengan sebab tidak memahami penjelasanya. Dimaksudkan dengan kebebasan tersebut ialah bebas daripada budaya tradisi yang tidak mencorakkan kegemilangan Islam. Selepas beliau menjelaskan kebebasan mengikut syariat Islam seperti bebas keluar menuntut ilmu, ketika itu ulama2 lain turut menyokong dan menulis tentang kebebasan tersebut.Di sini boleh dibuat kesimpulan berdasarkan ayat Quran bahawa pakaian dalam Islam ialah menutup aurat, kemas dan bersih. Menutup aurat berasakan syariat. Kemas kerana menonjolkan keindahan Islam (Allah itu indah dan suka kepada keindahan) antara keindahan ialah kemas. Bersih pula untuk memudahkan beribadah pada bila2 masa. Ini adalah panduan Islam yang perlu dipatuhi.
Kehebatan Islam dapat dilihat melalui penganutnya. (Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah) tafsirlah sendiri apa yang dimaksudkan dengan kuat. Perkataan ini umum yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keterampilan individu.
Apa2 isu boleh hubungi saya (rosniadib@hotmail.com) selamat berdialog mengikut adab2 Islam.

(Dr.Rosni Berkelulusan B.A Uni. Al Azhar, Master Dar Ulum, PhD Dar Ulum , Univ. Kaherah Mesir.) Tahniah semua......

Khamis, 8 Mei 2008

Menjawab tuduhan Saudara Naim (http://akhienaim.blogspot.com)

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah FilLah,

Menjawab Komentar Saudara Naim.

Semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan kurniaNya kepada kita sekalian. Saya telah membaca suatu artikel yang dihantar oleh Saudara Naim di dalam laman blog beliau yang bertarikh 3 mei 2008 bertajuk : Universiti Islam atau Universiti Islam Liberal. Oleh kerana saya melihat tuduhan yang dilemparkan kepada universiti tempat saya menimba ilmu dan mengenal agama islam ini telah diberikan gambaran yang tidak adil, saya ingin memberikan penjelasan berhubung isu tersebut serta membuat sedikit teguran kepada Saudara Naim.

Diharapkan semoga sedikit penerangan yang saya jelaskan akan memurnikan tanggapan masyarakat yang tidak menetap di bumi USIM (satu-satunya Universiti Islam di Nilai sebagaimana yang digambarkan oleh Saudara Naim) yang tercinta. Bukanlah saya menulis ini bertujuan untuk menolak segala dakwaan yang dibuat oleh seorang pelajar (rakan Saudara Naim) yang telah menceritakan kepada Saudara Naim situasi USIM tersebut. Namun, adalah tidak adil bagi saya yang sudah hampir 3 tahun belajar di USIM sekiranya membiarkan keluarga saya dicemuh tanpa pembelaan. Tidak dinafikan bahawa ada beberapa kekurangan di pihak keluarga saya (USIM) yang masih perlu diperbaiki tetapi tindakan saudara menulis serta memberikan komentar berdasarkan cerita dari teman saudara adalah tidak tepat.

Saudara mendakwa bahawa USIM seolah-olah merupakan pusat ternakan ‘Islam liberal’. Saudara, ucapan ini sangat sensitif dan berbahaya. Saya yakin bahawa apa yang ditulis oleh saudara bukanlah mewakili PKPIM, namun sedikit sebanyak telah mencemar kewibawaan saudara selaku Ahli Jawantankuasa PKPIM. Apakah hanya apabila warga USIM dididik agar lebih fleksibel dan terbuka, saudara ingin menyatakan USIM adalah sekular dan liberal. Ini suatu tuduhan melulu dan tidak berasas. Keterbukaan yang diamalkan oleh USIM masih berada di bawah kawalan pihak pengurusan universiti yang sentiasa memastikan USIM berada di dalam acuannya tersendiri sesuai dengan imejnya sebagai universiti Islam. Islam tidak pernah menetapkan para ummatnya berpegang dengan suatu pandangan semata, bahkan di dalam lingkungan fiqh islam itu sendiri kita melihat kepelbagaian corak pemikiran. USIM yang terdiri dari pelbagai latarbelakang warganya sudah tentu perlu bersikap lebih terbuka serta meraikan pola pemikiran mereka. Tegasnya, apa yang saya lihat USIM telah meletakkan asas dan garis panduan yang tepat. Sebagai contohnya, seluruh kakitangan USIM diwajibkan menutup aurat. Bukan semua kakitangan USIM pada asalnya menutup aurat apatah lagi berpendidikan agama, namun pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan adalah bersesuaian dengan citra USIM dan kini seluruh warga USIM menutup aurat. Apatah lagi para mahasiswa dan mahasiswi juga digariskan agar menutup aurat dan berpakaian sopan. Jelas termaktub di dalam perlembagaan universiti berhubung perkara tersebut.

Saudara juga telah menaqalkan kata-kata sahabat saudara bahawa dekan terbabit (As-Syeikh Dr. Rosni Samah, HafizahulLah) mengeluarkan pandangan yang tidak baik berkenaan tudung dan jubah. Adakah saudara yakin dengan apa yang diceritakan oleh sahabat saudara itu benar, atau setidaknya bertepatan dengan maksud yang dinyatakan oleh tuan syeikh tersebut?. Ketika saya membaca artikel saudara saya terus menghubungi tuan syeikh dekan berhubung kenyataan beliau. Benar sekali, sahabat saudara telah salah memahami ucapan tuan syeikh serta tidak mahu menerima teguran yang diberikan kepada beliau.(lebih sopan menggunakan beliau - sebagai seorang yang beradab dalam penulisan). Apa yang dimaksudkan oleh Tuan syeikh berhubung jubah dan tudung itu adalah supaya mahasiswi yang bakal bergelar guru / ustazah berpakaian lebih kemas. Dalam erti kata lain berjubah dengan jubah yang kemas dan terurus bertudung labuh yang kemas dan menyenangkan. Barangkali teguran tersebut tidak dapat difahami dengan baik. USIM bukan sahaja menitik beratkan soal penguasaan ilmu bahkan imej islam yang baik harus dijaga.

Tuduhan saudara mengatakan kami (senior-senior USIM) berfikiran sekular adalah tidak benar. Mungkin ada segelintir yang berfikiran begitu (di mana IPT pun ramai), namun menuding jari dengan mengatakan senior USIM adalah sekular adalah tidak berasas. Berkenaan program tersebut hingga mengabaikan solat tidak dapat saya pastikan. Beberapa persoalan harus dikemukakan, adakah pihak penganjur tidak membenarkan bersolat atau pelajar yang tidak mengambil peluang untuk bersolat. Dalam pengamatan saya, tidak ada suatu program yang dianjurkan tidak memberikan ruang waktu untuk bersolat. Perkara ini akan dikaji dan diteliti oleh pihak bertanggungjawab.

Berhubung nyanyian-nyanyian, persembahan dan tarian yang melalaikan. USIM telah mencuba meng’harmoni’kan perkara tersebut sesuai dengan kehendak syariat dan menjaga nilai-nilai budaya ketimuran melayu. Kami bersyukur kerana USIM tidak membiarkan mahasiswanya untuk bebas dalam bersosial dan berhibur dengan sesuka hati. Ianya sentiasa dipantau serta dipandang berat oleh pihak pengurusan. Untuk makluman saudara, sebarang aktiviti berkaitan dengan nyanyian, persembahan dan tarian adalah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak atasan sebelum ianya dilaksanakan dalam kata lain, USIM sekaligus hanya membenarkan aktiviti tersebut dijalankan sekiranya ia tidak melanggari batas syariat dan budaya melayu.

Sebagai kesimpulan,ingin saya memberikan beberapa noktah sebagai panduan saudara. Pertama, saudara haruslah lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan terutama apabila mengaitkan peribadi serta institusi pengajian tinggi yang lain. Budaya menyiasat terlebih dahulu adalah perbuatan yang dianjurkan Islam serta mengelak dari membuat tuduhan melulu. Kedua, saudara harus menjaga adab serta etika di dalam menulis terutamanya saudara adalah merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang berideologikan Islam sebagai cara hidup. Ahkirnya, saya mendokan agar Allah mengampunkan kesalahan dan dosa kita selaku hambaNya yang dhaif dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sekian.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MOHD FARID DIN
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hidupkan kembali bicara kita

Assalamualaikum.

Setelah saya melawati sebuah artikel dalam laman blog seorang sahabat pejuang islam terpuji yang telah mengeluarkan tuduhan yang pelbagai tanpa unsur periksa terhadap universiti saya, saya terpanggil untuk kembali meng'hidup'kan laman blog saya. Semoga dengan saya kembali meng'hidup'kan blog ini, segala permasalahan yang tidak terjawab akan cuba saya ungkaikan.
Diharapkan semoga aya diberikan luang masa untuk memastikan laman ini beroperasi secara aktif. InsyaAllah.