Rabu, 26 September 2007

Salam Perkenalan

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,

Keilmuan dan keintelektualan itu adalah suatu yang berbentuk subjektif dan memerlukan kepada kesepaduan untuk membinanya. Pelbagai jaringan dan perhubungan telah dibina dan perlu diwujudkan bagi merialisasikan impian sebagai seorang yang berilmu tinggi dan berjiwa besar. Islam sangat menggalakkan ummatnya untuk saling bantu membantu di dalam perkara kebaikan dan kemajuan.

Firman Allah : "Dan bantu membantulah di atas perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah berkerjasama dalam perkara yang berdosa dan permusuhan".

Dan sabda Nabi SAW :" Hikmah itu adalah barang yang tercicir bagi orang Islam, dimana sahaja kamu mendapatinya maka selayaknyauntuk kamu mengambilnya"

Di atas dasar inilah saya sangat mengalu-alukan kerjasama dan perkongsian minda dari sahabat sekalian dan membantu diri yang kerdil ini dalam membina modal insan sebagaimana yang dicita-citakan. Bersama kita menjadikan lapangan ini untuk membina pemikiran dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Sekian,
Salam hormat dari saya.

MOHD FARID BIN HJ DIN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)