Jumaat, 9 Mei 2008

Penjelasan Dr. Rosni Samah; Isu Universiti Islam Liberal.

(Hayatilah ucapan orang yang berilmu apabila menulis...Farid)
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam perdebatan ini..
sebenarnya kamulah orang-orang yang peka dengan isu2 Islam Sebenarnya penulis, pendengar dan pelajar tidak memahami kenyataan saya. Sebab itu ia menjadi isu panas. Sebenarnya kalau kita beramal dengan al Quran perkara tersebut tidak timbul. Terjemahan alQuran menyebut: apabila kamu menerima khabar berita fasik (tidak pasti) hendaklah membuat siasatan.Isunya mudah sahaja. Dalam satu perjumpaan, saya menekankan kepada pelajar untuk menunjukkan penampilan diri yang kemas.( Pelajar hendaklah memamai pakaian menutup aurat, kemas dan bersih. Ini kerana kita semua akan membawa mesej Islam yang melambangkan keagungan Islam. Saya tidak mahu pelajar perempuan memakai tudung yang tidak kemas dan selekeh, seperti tudung labuh macam kelambu). Kenyataan ini saya tidak menyindir sesiapa dan menghina tudung labuh. Tetapi saya tidak mahu mereka memakai tudung labuh seperti kelambu yang tidak terurus. Bayangkan kalau pelajar universiti pakai tudung labuh macam kelambu??? Adakah kamu boleh bayangkan bagaimana tudung labuh macam kelambu?????. Kalau nak tau pergilah jalan ke kampung arab badawi....kamu akan dapat lihat dengan rupa yang tidak terurusnya. Diharap semua dengar dan baca betul-betul kenyataan saya. Jangan mendengar dengan emosi. Perkataan itu nak menggambarkan tudung yang tidak kemas.Berhubung dengan jubah pula, saya tidak mahu pelajar memakai jubah dalam aktiviti fakulti. Mereka hendaklah memakai pakaian menutup aurat, kemas dan bersih.
Kemudian saya menceritakan kepada mereka Arab2 yang memakai jubah di arab. Apakah yang mereka lakukan. Arab yang memakai jubah inilah yang selalu mencemarkan alam sekitar kerana mereka mudah hanya mengangkatkan jubahnya sahaja. Kamu boleh lihat sendiri perbuatan Arab yang memakai jubah terutamanya yang dipanggil golongan bawwab. Saya tidak menghina jubah dan juga jubah Nabi. Saya hanya menceritakan budaya Arab yang berlaku. Kalau kamu nak tahu, boleh pergi sendiri ke negara Arab dan lihat apa yang berlaku.Masyarakat Islam hari ini ditekan oleh musuh kerana kemunduran terutamanya dalam pemikiran. Jadilah seorang muslim yang boleh membawa kegemilangan Islam.Saya bawakan pembaca kepada kisah kenyataan Syeikh Muhammad Abduh tentang kebebasan wanita. Pada peringkat permulaannya majoriti ulama menentang pendapat tersebut dengan sebab tidak memahami penjelasanya. Dimaksudkan dengan kebebasan tersebut ialah bebas daripada budaya tradisi yang tidak mencorakkan kegemilangan Islam. Selepas beliau menjelaskan kebebasan mengikut syariat Islam seperti bebas keluar menuntut ilmu, ketika itu ulama2 lain turut menyokong dan menulis tentang kebebasan tersebut.Di sini boleh dibuat kesimpulan berdasarkan ayat Quran bahawa pakaian dalam Islam ialah menutup aurat, kemas dan bersih. Menutup aurat berasakan syariat. Kemas kerana menonjolkan keindahan Islam (Allah itu indah dan suka kepada keindahan) antara keindahan ialah kemas. Bersih pula untuk memudahkan beribadah pada bila2 masa. Ini adalah panduan Islam yang perlu dipatuhi.
Kehebatan Islam dapat dilihat melalui penganutnya. (Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah) tafsirlah sendiri apa yang dimaksudkan dengan kuat. Perkataan ini umum yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keterampilan individu.
Apa2 isu boleh hubungi saya (rosniadib@hotmail.com) selamat berdialog mengikut adab2 Islam.

(Dr.Rosni Berkelulusan B.A Uni. Al Azhar, Master Dar Ulum, PhD Dar Ulum , Univ. Kaherah Mesir.) Tahniah semua......

Tiada ulasan: