Selasa, 10 Jun 2008

Kesan meningkatnya harga minyak...

Gerakan: Mengapa tidak 50 peratus
Jun 10, 08 4:27pm

Mengapa hanya 10 peratus dan bukannya 50 peratus elaun keraian jemaah menteri dipotong sebagai langkah berjimat cermat kerajaan, tanya Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.Walaupun mengalu-alukan langkah kerajaan itu bagi menjimatkan kira-kira RM2 bilion daripada kos operasinya, beliau berkata, langkah memotong hanya 10 peratus elaun keraian jemaah menteri adalah tidak mencukupi.”Pemotongan 50 peratus adalah lebih efisien dan boleh menghantar isyarat yang jelas kepada jabatan kerajaan untuk berbelanja secara berhemah.
“Sekarang adalah masa yang sukar yang memerlukan langkah-langkah drastik diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan menganggar menjimat tambahan RM2 bilion menerusi pengurangan perbelanjaan awam, termasuk pemotongan 10 peratus elaun keraian jemaah menteri.
Katanya, langkah mengurang perbelanjaan itu menunjukkanbahawa kerajaan turut mengubah gaya perbelanjaannya untukbersama-sama rakyat, berdepan dengan masa yang mencabar iniekoran kenaikan harga minyak.
“Rakyat menghadapi kesan negatif dan langkah yang diambil olehkerajaan itu menunjukkan kepimpinan melalui teladan,” kata Mahlagi.
Tingkat ketelusan
Katanya, semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan kos sebanyak 10 peratus pada akhir tahun in.
Di samping itu, katanya, semua majlis kerajaan di hotel bertaraf lima bintang hendaklah dikurangkan dan kalau boleh dihentikan sama sekali.
“Wang yang dijimatkan itu hendaklah disalurkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
“Rakyat mahu tahu ke mana wang yang dijimatkan itu dibelanjakan.
“Oleh itu, kerajaan mesti mengumumkan butiran mengenainya secepat mungkin dan ia adalah sebahagian daripada proses meningkatkan ketelusan.

SAHABAT MAHASISWA SEKALAIN,

Kalau kita perhatikan, sesungguhnya dengan peristiwa meningkatnya kadar harga minyak telah membawa beberapa hikmah selain ratusan musibah. Rahmatnya ialah; masyarakat mula menjadi lebih ‘cerdik’ dalam mengkaji perbelanjaan kerajaan. Bukannya kita nak kata kerajaan yang ada tak cekap dalam urusan kewangan negara, tapi apabila dilihat dan dinilai kembali, hampir-hampir nampak begitulah. Tapi bila dah diumumkan nak potong elaun tu kira ok la jugak. No comment. Pemimpin tunjuk contoh dulu..

Sahabat sekalian,

Keduanya, kita melihat keadaan ini menyebabkan masyarakat mula mengkaji dan meneliti perjalanan dan gaya fikir para pemimpin negara. apa yang mereka buat, apa yang mereka beli, apa yang diorang belanja dan sebagainya. Ini kalau kita lihat, inilah tarbiyyah (didikan) Allah kepada kita semua. kita juga perlu insaf, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke…..? tanah jua. sepandai-pandai manusia menipu, hipokrit, korupsi dan lain-lain, akhirnya jatuh ke… lubang kubur!!! (siapa yang di’paku’ ni???)

Ketiganya, keadaan ini menyebabkan kita bersama-sama bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan. Baik samada yang tersembunyi mahupun yang nyata. Contohnya, dari sudut gaya hidup kita (student) yang kadang-kadang bermewah-mewahan dengan duit PINJAMan PTPTN tu, seolah-olah kita lupa daratan bahawa kita ni student… Mungkin juga kita boleh bermuhasabah bahawa kita perlu mula belajar mendahuluikan keperluan dalam kehidupan. (belajarla fiqh aulawiyat).

Seterusnya, di saat ini, kita akan melihat para penderhaka Tuhan akan mula menunjukkan belangnya. Khasnya, para peniaga yang menaikkan harga tapi mengurangkan timbangan (surah ke 83/ayat1-17). macam-macam lagi la kesannya. Namun, sahabat sekalian, dalam keadaan ini kita harus kembali berfikir serta menghidupkan minda jua pemikiran kita agar kita kan beroleh keSEJAHTERAan di masa hadapan.

Think positive!!!

Tiada ulasan: