Isnin, 6 April 2009

PERPINDAHAN BLOG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
KEPADA SIDANG PENGUNJUNG YANG DIHORMATI, SAYA TIDAK LAGI MENGGUNAKAN LAMAN INI SEBAGAI LAMAN UTAMA SAYA SEJAK SEKIAN LAMA. OLEH DEMIKIAN, SAYA MENJEMPUT SIDANG PENGUNJUNG MENZIARAHI LAMAN SAYA SEPERTI BERIKUT;

www.fariddin.wordpress.com

SEBARANG KOMEN, CADANGAN DAN SEBAGAINYA BOLEHLAH DISALURKAN KE LAMAN DI ATAS. SAYA TIDAK LAGI MENGGUNAKAN LAMAN INI UNTUK SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT DAN SEBAGAINYA.

HARAP MAKLUM.

MOHD FARID HJ DIN.

Sabtu, 28 Jun 2008

HIDAYAH TUHAN

قل أتعلمون الله بدينكم والله يعلم ما فى السماوات وما فى الأرض، والله بكل شيء عليم. يمنون عليك أن أسلموا، قل لا تمنوا على إسلامكم، بل الله يمن عليكم ان هداكم

للإيمان إن كنتم صادقين. إن الله يعلم غيب السماوات والأرض، والله بصير بما تعملون.

Katakanlah (kepada orang-orang arab itu wahai Muhammad)” Patutkah kamu hendak memberitahu Allah tentang agama kamu ( dengan berkata: “ kami telah beriman?” padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Mereka mengira mereka berbudi kepada kamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan menentang). Katakanlah (kepada mereka) : “janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahakan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka), Allah jualah yang berhak membangkitkan budi-Nya kepada kamu kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamun orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Hujuraat: 16-18)

Di dalam ayat ini dijelaskan bahwa hidayah dan petunjuk yang dimiliki oleh seseorang itu adalah kurniaan daripada allah. Ia adalah kurniaan yang sangat berharga. Keimanan dan keislaman kita bukanlah pilihan kita, tapi aia adalah pilihan allah kepada kita. Ia bukanlah habuan untuk kita mengungkit bahawa ia adalah budi kita kepada Allah dan RasulNya. Tapi yang layak untuk menhungkitkan hal ini ialah Allah, sebab hidayah buat keislaman dan keimanan kita adalah anugerah dari Allah.

RIJAL DAKWAH SUATU ANUGERAH

Islam adalah agama pilihan Allah buat hambanya yang beriman. Pilihan Allah kepada kita sangat berharga, iaitu dikalangan berjuta hamba-Nya kita ttelah dipilih oleh Allah untuk menertai kafilah dakwah dan perjuangan suci ini. Bahkan kita ttelah dipilih oleh Allah untuk meneruskan kerja asas Rasul-rasul diutuskan oleh mungkar, serta mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Firman Allah:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya:
“ Kamu adalh sebaik-baik ummat yang dikeluarkan oleh Allah kepada manusia, kamu menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar, dan kamu beriman dengan Allah” (Ali Imran ; 110).

KITA PERLUKAN ISLAM

Pada hakikatnya Islam tidak perlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan Islam. Seandainya kita tidak mahu membantu dan menolong Islam, Allah yang Maha Berkuasa amat berkuasa untuk menukar dan menggantikan orang lain untuk membantu agamaNya. Firman Allah;

يأيهاالذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف ياتي الله بقوم يحبهم ويحبونه

Maksudnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman, siapa yang berpaling tadah di kalangan kamu daripada agama Allah, Allah akan mendatangkan kaum lain untuk beriman dengan agamaNya, yang Allah kasih kepada mereka dan mereka juga kasih kepada Allah” (al Maidah: 54)

Hal ini mendorong untuk kita sentiasa bersyukur di atas pilihan Allah terhadap kita. Kesedarn ini telah mewajarkan kita untuk membalas jasa dan budi Allah kepada kita dengan kita sentiasa berkorban dan berjuang, membela serta mempertahankan agamaNya, dengan meletakkan segala kepentingan peribadi kita di belakang dan meletakkan kepentingan agama melebihi segala-galanya.


HIDAYAH DAN PERJUANGAN

Bertolak dari keinsafan dan kesedaran kita terhadap betapa tingginya nikmat dan hidayah di dalam jiwa kita, kita telah berjuang dan menggerakkan Harakah Islamiyyah di tanah air yang tercinta ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa setelah kewafatan RasululLah dua pertiga daripada para sahabat Baginda telah keluar meninggalkan tanah air tercinta, merentasi lautan dan daratan untuk menyebarkan Islam kepada seluruh manusia, bahakan sebahagian besar di kalangan mereka mati di luar daripada Semenanjung Tanah Arab, kerana menghabiskan usia mereka sidi dunia ini meneyelamatkan manusia daripada kekufuran dan kesyirikan. Nikmat hidayah yang mereka miliki, mereka mahu ia turut menjadi nikmat bersama semua manusia. Begitulah tinggi dan berharganya anugerah hidayah yang dikurniakan oleh Allah, sehingga ia menjadi asas perjuangan dan penyebaran Islam dari dahulu sehingga ke hari ini.

Perjuangan Islam yang digerakkan oleh para mujahidin sepanjang zaman sebenarnya berdiri di atas suatu cetusan yang tercetus dari lubuk hati mereka yang yang berasaskan keimanan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan daripada manusia. Cetusan itu bertitik tolak daripada kegelisahan hati seseorang insane apabila hidayah mula bangun di dalam jiwanya. Ia adalah natijah daripada pertentangan yang berlaku di antara reality ummah dan keimanannya. Keadaan ummah yang semakin rosak dan kecintaannya kepada agama telah saling bertentangan. Masyarakat Islam yang semakin kendur dengan pegangan agama dan rasa berdosa membiarkan keadaan yang ada terus berleluasa menjadikan seorang muslim yang hidayah telah meresapi jiwanya berkerja untuk menyelamatkan ummahnya daripada terus menerus tenggelam di dalam kealpaan.


HIDAYAH, TARBIAH DAN DAKWAH

Tarbiah dan dakwah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan di dalam perjuangan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan pendidikan untuk melengkapkan seseorang individu muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, social, intelek dan kemahiran. Dakwah adalah usaha menyeru mannusia ke jalan Allah dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

Tarbiah seperti bahan bakar bagi diri individu yang akan melaksanakan dalwah. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan bertahan lama, ia akan menyebabkan nafas perjalanan dakwah seseorang individu tidak lama dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja. Sementara hidayah bersumberkan dari dua sumber:
1- Allah
2- Rasul dan pendakwah

Hidayah yang bersumberkan rasul dan pendakwah sifatnya tidak mutlak, yang mutlak ialah daripada Allah. Ia memberi maksud, seseorang yang telah menerima hidayah melalui seorang rasul atau pendakwah, hakikatnya bukan rasul atau pendakwah itu yang member hidayah kepadanya, tetapi hakikatnya hidayah yang diterimanya adalah sebenarnya daripada allah. Dalam surah Al FAtihah kita membaca:

اهدنا الصراط المستقيم
(Maksudnya; Tunjukkanlah kami jalan yang lurus)

Menurut Quraish Syihab; penggunaan ‘kami’ di sini menjelaskan dua sebab;

1. Hidayah tidak cukup jika ia hanya diperolehi oleh seseorang individu sahaja tanpa melibatkan keseluruhan ahli masyarakat atau jamaah. Hidayah perlu menyeluruh kepada semua anggota masyarakat demi menjamin dan memastikan individu yang telah mendapat hidayah tetap berada di atas jalan yang lurus. Seseorang yang telah mendapat hidayah tetapi lingkungannya tidak, hidayah dan keimanannya akan terancam.

2. Hidayah yang sifatnya tidak mutlak (melalui rasul dan pendakwah) diperolehi hasil daripada usaha sesama manusia dan ia akan menjadi asas kepada hidayah mutlak yang hadir daripada Allah.

Untuk merialisasikan kedua-dua realiti di atas, dakwah diperlukan. Dakwah adalah usaha di peringkat sesama manusia memohon hidayah mutlak dari sisi Allah. Adalah merupakan sunnatullah, hidayah Allah akan diperolehi apabila wujudnya sebab yang melayakkan sesorang menerima hidayah daripada Allah.

Sementara itu, adalah perlu difahami bahawa tarbiah dan dakwah perlu beriringan dan tidak sesuai dipisahkan. Sebagai contoh , walaupun Nabi berdakwah secara rasminya pada usia 40 tahun, namun Baginda sudah menyediakan modal dakwah sebelum daripada itu lagi. Salah satu modal yang disusun oleh Allah ialah sifat amanah dan mulia akhlaknya sehingga digelar al amin. Kejayaan RasululLah berdakwah bukan bermula 40 tahun. Baginda telah membina kejayaan karier dakwahnya seawall kehidupan remaja Baginda. Dan RasululLah mendapat tarbiah daripada Allah melalui murabbinya Jibril, sehinggalah Baginda wafat. Begitulah seharusnya ia menjadi pedoman kepada kita.

Tarbiah menjadi teramat penting apabila seseorang berada dalam lapangan dakwah dan perjuangan yang memerlukan lebih banyak persediaan dan bekalan. ‘Minyak’ terkadang mungkin habis secara tiba-tiba disebabkan perjalanan perjuangan dan dakwah ini jauh dan sukar. Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah At Taubah 42:

“ Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) suatu yang mudah di dapati, dan suatu perjalanan yang yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka”.

Kepentingan tarbiah kepada dakwah dan perjuangan adalah seperti air di dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan, namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah, membaiki tisu dan sebagainya. Jika air tersebut diperamkan di dalam badan ia akan membusuk dan menyebabkan penyakit. Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi dakwah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum (qadhi) daripada penyeru ke arah kebenaran (Ad Du’aat ilalLah). Tanpa dakwah, tarbiah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan dirinya sahaja yang betul dan individu lain semuanya salah.

Dalam pada itu, apa pula kesannya dakwah tanpa tarbiah? Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada pendakwah dan petugas jamaah. Jika pada awalnya si pendakwah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari masa ke semasa. Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah pendakwah itu sendiri akan keletihan dan tidak mampu meneruskan kerja-kerja dakwah dan kerjanya. Inilah sebenarnya punca kepada gejala keguguran di dalam medan dakwah dan perjuangan. Tarbiah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini.

PENUTUP

Sesungguhnya, secara pasti tarbiah adalah jaminan kepada kelestarian dakwah dan perjuangan Islam. Dengan syarat, tarbiah menepati ciri yang digariskan oleh Allah barulah ia akan mampu menyediakan individu yang mapan dalaman dan luarannya untuk istiqamah dalam perjuangan. Allahu Akbar!.

(Artikel ini ditulis oleh Tuan Guruku; Al A'lim BilLah, Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Romli)

Isnin, 16 Jun 2008

Fardu Ain: Memahami istilah kaedah Usul Fiqh


Oleh: Ustaz Zainudin Hashim (Thu Jun 12, 08 )
Ilmu Fiqh amat berkait rapat dengan ilmu Usul Fiqh, ini kerana hukum Fiqh tidak dapat diputuskan kecuali dengan satu proses pembinaan hukum melalui teori atau kaedah Usul Fiqh.
Iaitu ilmu yang berkaitan dengan dasar-dasar fiqh, di dalam apa sahaja ilmu, perkara yang dikira teramat penting bagi orang yang ingin mempelajarinya ialah mengkaji dasar-dasarnya yang dapat membantu pemahaman ilmu tersebut.
Pengajian dasar-dasar sesuatu ilmu akan menjadikan pengkaji itu seorang yang mempunyai tapak yang kuat dalam memahami ilmu itu.
Ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mengeluarkan hukum syar�i yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf berdasarkan dalil-dalil secara terperinci.
Ia merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza antara fiqh dan usul fiqh, justeru ramai di kalangan cendekiawan Islam ada menyebut, bahawa orang-orang yang mahir dalam ilmu usul fiqh, sekali gus mahir dalam ilmu fiqh, dan tidak mesti orang yang mahir dalam ilmu fiqh memahami dengan baik ilmu usul fiqh.
Imam Syafie adalah di antara tokoh ilmuan Islam yang menguasai kedua-dua disiplin ilmu tersebut hingga mampu melakukan ijtihad, istinbat bagi mengeluarkan sesuatu hukum.
Contoh kaedah Usul Fiqh
1. 'Sesuatu yang wajib itu tidak akan jadi sempurna, melainkan dengan adanya perkara lain yang akan menyempurnakan kewajiban itu'.
Contohnya: Kewajiban bersembahyang akan menjadi sempurna setelah seorang itu mengambil wuduk terlebih dahulu, tanpa wuduk-kewajiban sembahyang tidak akan jadi sempurna atau sah.
2. 'Jika berhimpun sesuatu yang halal dengan yang haram, maka jadilah ia haram semuanya'.
Contohnya: Dalam sesuatu majlis yang pada awalnya baik dan halal, namun dengan sebab bercampurnya benda-benda yang haram yang ditegah agama, maka ia akan menjadi haram.
3. 'Reda (bersetuju) dengan amalan yang bersifat kufur, jadilah ia kufur'.
Contohnya: Bersetuju dengan amalan rasuah walaupun tidak melakukannya, sama seperti memberi atau menerima rasuah, jika masih berdiam diri mengenainya, samalah seperti orang yang terlibat dengan rasuah. - lanh _

Selasa, 10 Jun 2008

Kesan meningkatnya harga minyak...

Gerakan: Mengapa tidak 50 peratus
Jun 10, 08 4:27pm

Mengapa hanya 10 peratus dan bukannya 50 peratus elaun keraian jemaah menteri dipotong sebagai langkah berjimat cermat kerajaan, tanya Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.Walaupun mengalu-alukan langkah kerajaan itu bagi menjimatkan kira-kira RM2 bilion daripada kos operasinya, beliau berkata, langkah memotong hanya 10 peratus elaun keraian jemaah menteri adalah tidak mencukupi.”Pemotongan 50 peratus adalah lebih efisien dan boleh menghantar isyarat yang jelas kepada jabatan kerajaan untuk berbelanja secara berhemah.
“Sekarang adalah masa yang sukar yang memerlukan langkah-langkah drastik diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan menganggar menjimat tambahan RM2 bilion menerusi pengurangan perbelanjaan awam, termasuk pemotongan 10 peratus elaun keraian jemaah menteri.
Katanya, langkah mengurang perbelanjaan itu menunjukkanbahawa kerajaan turut mengubah gaya perbelanjaannya untukbersama-sama rakyat, berdepan dengan masa yang mencabar iniekoran kenaikan harga minyak.
“Rakyat menghadapi kesan negatif dan langkah yang diambil olehkerajaan itu menunjukkan kepimpinan melalui teladan,” kata Mahlagi.
Tingkat ketelusan
Katanya, semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan kos sebanyak 10 peratus pada akhir tahun in.
Di samping itu, katanya, semua majlis kerajaan di hotel bertaraf lima bintang hendaklah dikurangkan dan kalau boleh dihentikan sama sekali.
“Wang yang dijimatkan itu hendaklah disalurkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
“Rakyat mahu tahu ke mana wang yang dijimatkan itu dibelanjakan.
“Oleh itu, kerajaan mesti mengumumkan butiran mengenainya secepat mungkin dan ia adalah sebahagian daripada proses meningkatkan ketelusan.

SAHABAT MAHASISWA SEKALAIN,

Kalau kita perhatikan, sesungguhnya dengan peristiwa meningkatnya kadar harga minyak telah membawa beberapa hikmah selain ratusan musibah. Rahmatnya ialah; masyarakat mula menjadi lebih ‘cerdik’ dalam mengkaji perbelanjaan kerajaan. Bukannya kita nak kata kerajaan yang ada tak cekap dalam urusan kewangan negara, tapi apabila dilihat dan dinilai kembali, hampir-hampir nampak begitulah. Tapi bila dah diumumkan nak potong elaun tu kira ok la jugak. No comment. Pemimpin tunjuk contoh dulu..

Sahabat sekalian,

Keduanya, kita melihat keadaan ini menyebabkan masyarakat mula mengkaji dan meneliti perjalanan dan gaya fikir para pemimpin negara. apa yang mereka buat, apa yang mereka beli, apa yang diorang belanja dan sebagainya. Ini kalau kita lihat, inilah tarbiyyah (didikan) Allah kepada kita semua. kita juga perlu insaf, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke…..? tanah jua. sepandai-pandai manusia menipu, hipokrit, korupsi dan lain-lain, akhirnya jatuh ke… lubang kubur!!! (siapa yang di’paku’ ni???)

Ketiganya, keadaan ini menyebabkan kita bersama-sama bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan. Baik samada yang tersembunyi mahupun yang nyata. Contohnya, dari sudut gaya hidup kita (student) yang kadang-kadang bermewah-mewahan dengan duit PINJAMan PTPTN tu, seolah-olah kita lupa daratan bahawa kita ni student… Mungkin juga kita boleh bermuhasabah bahawa kita perlu mula belajar mendahuluikan keperluan dalam kehidupan. (belajarla fiqh aulawiyat).

Seterusnya, di saat ini, kita akan melihat para penderhaka Tuhan akan mula menunjukkan belangnya. Khasnya, para peniaga yang menaikkan harga tapi mengurangkan timbangan (surah ke 83/ayat1-17). macam-macam lagi la kesannya. Namun, sahabat sekalian, dalam keadaan ini kita harus kembali berfikir serta menghidupkan minda jua pemikiran kita agar kita kan beroleh keSEJAHTERAan di masa hadapan.

Think positive!!!

Ahad, 1 Jun 2008

Pengajian Kitab “ Dalilul Falihiin”

Pengajian Kitab “ Dalilul Falihiin”
Bersama Tuan Guruku; Syeikh Hj Muhd Zainul Asri Hj Ramli.

Hadith yang dibahaskan ialah;

مِنْ حُسْنِ الإسْلاَم المَرْءِ تَرْكهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Terjemahan: “Di antara tanda-tanda baik (elok keindahan) Islam pada seseorang individu itu ialah ia tidak ambil endah (meninggalkan) apa yang tidak perlu (membawa manfaat) baginya”

Keterangan,

Antara tanda-tanda baiknya penghayatan Islam terhadap diri seseorang muslim itu ialah ia mampu meninggalkan perkara yang tidak memberikan manfaat bagi dirinya samada manfaat di dunia atau di akhirat. Ia termasuklah dari sudut afa’al zaidah(أفعال زائدة ) atau aqwal zaidah ( أقوال زائدة). Kita hanya perlu buat perkara yang memberikan keuntungan kepada kita sahaja. Bagaimana? Makan hanya cukup untuk mendapatkan kekuatan tubuh badan sahaja manakala selebihnya itu tidak penting. Supaya tenaga diperolehi bagi menjalankan kerja dan tanggungjawab terhadap anak dan isteri. Sekiranya berlebih-lebih itu termasuk di dalam ‘ma la yak’nihi’.

Kerana itu, Islam menganjurkan agar kita bersedeqah. Sedeqah itu memberikan apa yang lebih dari keperluan kita. Sekiranya kita berusaha keras untuk mencari harta dengan niat dan azam untuk disedeqahkan untuk orang susah, itu tidak mengapa. Atau berniaga agar kaya dan banyak harta dengan tujuan boleh membayar zakat, ia juga tidak mengapa. Bercakap pula hanya yang perlu sahaja. Bercakap yang sia-sia ialah percakapan yang tidak mendatangkan pahala, sekiranya membawa kepada yang dosa menjadi haram pula.

Musibah bagi mereka yang banyak bercakap ialah menjadikan seseorang itu tidak bersemangat. Ulama mengatakan ia membawa kepada kelemahan motivasi seseorang. Apa itu percakapan yang membawa kebaikan? Iaitulah percakapan yang mengajak kepada yang ma’aruf serta menegah perkara yang mungkar. Uwais Al qarni adalah seorang yang sangat beriltizam tinggi dalam melakukan kerja tersebut pernah berkata “aku kehilangan rakan dan kawan hanya kerana melakukan kerja amar ma’aruf dan nahyi mungkar”. Inilah khidamat kita kepada RasululLah SAW. Sekiranya tidak ada rasa langsung di hati kita bermakna kita tiada iman.

Contohilah Saiyidina Umar RadhiyalLahu ‘Anhu; Baginda ditikam ketika mengerjakan solat subuh dan dibawa pulang ke rumahnya. Dalam keadaan tenat masih sempat melakukan kerja tersebut. Ada seorang lelaki menziarahi baginda dengan memakai jubah yang labuh melepasi buku lali kakinya seraya ia menegur lelaki tersebut.

Faedah; Kelebihan larangan memakai jubah atau kain melepasi buku lali kaki ialah; 1. Di dunia, agar tidak kotor pakaian tersebut. 2. Di akhirat, lebihan dari kekurangan tersebut akan disambung semula. Kenapa ianya ditegah, kerana mengelak rasa sombong dan megah. Namun, sekiranya untuk menjadikan ia indah, maka tidak mengapa.